Kehidupan di matrikulasi pulau Pinang
Assalamualaikum semua,korang ni mesti nak tahu kan kehidupan di matrikulasi.Kehidupan di matrikulasi ni amat mencabar dan pembelajaran di sana amatlah laju.Hari pertama aku masuk memang aku rasa homesick dan rumah aku hanya beberapa kilometer je dari matrikulasi then dia buat aku rasa mcm nk balik rumah je.Aku ni orang penang tau,sambung belajar pulak dekat matrikulasi pulau pinang(kmpp) memang aku rasa heaven sngt sebab hampir setiap minggu aku boleh balik rumah manakala orng jauh tk boleh balik.Then,kau bolehlah acah pakar jln kat kwsn berdekatan matrikulasi tu.Akulh yng jadi pemandu arah dekat kwsn kepala batas tu.Korang jugak akan diberikan elaun RM250 sebulan tapi tk cukup pon dan perkara yng paling aku tk suka adalah korang kena beratur pnjng semata-mata nk withdraw duit ja .Aku ni dhla spesies malas ya ampun nk beratur sebab dkt Kmpp ni cuma ada 2 je mesin atm.Aku terpaksa ke atm awal pagi sebelum pukul 8 semata-mata nk mengelak drpd beratur pnjng.Korang tahu tak,aku ni suka bilik di asrama kmpp sebab keluasan agak luas,korang boleh hias bilik asrama korang dengan permaidani,meja kecil,kipas ,itulah kelebihan di kmpp.Tapi paling aku tk suka adalah felo datang buat spotcheck.kelam-kabut aku kemas brng aku dn kasut kat luar bilik tu.Aku stay kat asrama B5 and aku selalu dengar cerita seram tentang b4,dh la blok aku dgn blok b4 tu bersambung.Dari jauh aku nmpk blok b4,cerita dia macam ni,benda tu dia kejutlh roommate dia then teman pergi toilet dlm keadaan mamai lepastu roommate dia tidur balik.Beberapa minit kemudian,dia kejut rommate dia nk suruh teman ambil wuduk jap,then roommate dia ckp "aku baru je tidur,kau dh gerak aku pulak!",dia pon rasa hairan la bila masa pulak dia dia kejut roommate dia sebelum ni.Roommate dia pon trkejut,tngk2 tu bukan dia tapi hantu.Aku pon seram dngr,yng paling peliknya aku dengar orng kata selalu nmpk makcik cleaner tngh mlm,makcik tu siap tegur lagi baca doa tak?seram sejuk betul.Hairan betullah ada makcik cleaner yng kerja waktu orng tngh tidur boleh meremang bulu roma aku dengar cerita ni.Berkaitan dengan kerja pembersihan,amatlh tidak best,kalau korang ni jenis yng suka basuh guna mesin basuh sebab mesin basuh setiap blok ada 2 jer dan korang kena spend rm2.50 sekali basuhan.Memang berebutlh kau nk basuh kain baju.Bagi aku masa di kmpp amatlah terhad sbb masa yng digunakan adalah mkn,bljr,basuh kain baju.Actually masa aku lebih kpd tidur setiap kali balik hostel,sebab memang penat sngt dan padat waktu belajar aku.kelas aku selalunya sampai pukul 4 ptng.Memang rasa heaven sngt kalau dpt tidur waktu kau letih sngt2.Aku terlupa la nk bagitau course apa aku ambil,aku ambil sains tulen at first then aku tukar ke sains fizikal iaitu dr modul 1 ke modul 2.Sebab apa aku tukar?aku tk suka biologi.Aku juga dpt asasi kejuruteraan kat uitm tapi aku tk pergi sebab uitm tu jauh.Aku di bwh program 1 thn.1 tahun tu tk sampai 12 thn pon just 10 bln jer.Selama aku bljr di matrikulasi,bnyk cabaran yng aku hadapi terutamanya dr segi kesihatan.Aku selalu sakit dr kecil hinggalah skrng.Then,semester 2 berlaku tragedi yng menyebabkan aku terpaksa tinggal di rumah.Aku tknak cerita pasal ni sebab aku cuba melupakan perkara lepas.Aku rasa sngt bertuah kerana tkde exam pspm 2 disebabkan pkp.Aku tk perlu ambik peperiksaan pon.Alhamdulillah,Aku dpt pointer 3.5 keatas.Sekarang ni,aku tengah tunggu result upu.Korang tolongkan kesihatan aku pulih seperti sedia kala.
Comments
Post a Comment